BERITA TERKINI    BERITA TERKINI    BERITA TERKINI    BERITA TERKINI

CERAMAH MOTIVASI 2000
Program ceramah motivasi kecemerlangan UPSR diadakan pada hari ISNIN, 10hb April 200 mulai jam 9.00 pagi untuk murid Tahun 5 dan 6 bersama ibu bapa penjaga. Penceramah: Tn Hj Ajmain bin Safar (UTM)

LAWATAN MENTERI PENDIDIKAN
Menteri Pendidikan Malaysia akan melawat sekolah ini pada 26hb. Mac 2000 (lawatan kerja) - berita ini di tulis pada 17/3/2000

TAHUN 2000
Harap maaf. Sejak 17/9/99 tiada berita terkini yang dapat di muatkan kerana webmaster kesibukan masa. Walau bagaimanapun ruangan ini akan di teruskan seperti biasa. (14/03/2000)

TAKZIAH
Takziah di ucapkan kepada Tn Hj Afandi bin Hj Samsudin (Bekas Guru Besar SK. Seri Sampurna) yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Isnin 6 Mac 2000 jam 10 malam.

MRSM
Tahniah kepada adik Mohd Hafiz bin Jamaludin dan Mohd Hanafi bin Latif (5A- UPSR) yang ditawarkan ke Sekolah Menengah Sains Johor). Tahniah juga kepada adik Mohd Effendie bin Baidari, adik Nor Shazliza bt Maksom dan adik
Nor Zawani bt Md Yassin yang juga mendapat 5A dalam UPSR 1999.

MAKLUMAT RINGKAS
Pertandingan Rekacipta peringkat negeri bersempena minggu sains dan teknologi Negeri Johor - SK. Seri Sampurna yang mewakili daerah Batu Pahat telah gagal mencapai kejayaan. (Cuba lagi). 5 orang murid SK. Seri Sampurna yang mewakili Daerah Batu Pahat ke pertandingan Bola Tampar MSSJ ( di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim Johor Bahru - 1999) juga mengalami nasib yang serupa.

BOLA TAMPAR MSSD BATU PAHAT:
5 murid perempuan sekolah ini yang terpilih ke peringkat daerah telah menghasilkan kejayaan yang amat membanggakan. Lelaki: JOHAN, Perempuan : NAIB JOHAN. Pertandingan telah diadakan di SMK. Tun Ismail, Parit Raja pada 17/9/99. 5 murid SK. Seri Sampurna (lelaki) terpilih untuk ke peringkat NEGERI dan seorang murid perempuan juga terpilih ke peringkat negeri. Tahniah dan Syabas.

JOHAN DAN NAIB JOHAN BOLA TAMPAR
10/7/99: Pasukan Perampuan Bawah 12 tahun sekolah telah menjadi JOHAN dalam pertandingan Bola Tampar Zon Senggarang. 5 orang murid terpilih ke peringkat daerah. Pasukan Lelaki pula bergelar NAIB JOHAN dalam pertandingan tersebut, 5 murid terpilih ke peringkat daerah (Redzuan, Hafiz, Azlan, Azmi, Hapis)

Kuiz Kesihatan Peringkat Daerah Batu Pahat
Setelah menjadi johan diperingkat Zon adik: Farhana bt Abu Zaki(5), Al Hafiz bin Jamaludin (6), Nor Shazliza bt Maksom (6) dan adik Farhana telah terpilih sebagai peserta terbaik di peringkat zon. Pertandingan di peringkat daerah telah dijalankan pada 9/7/99 di SK. Seri Laksana, walaubagaimanapun peserta SK. Seri Sampurna yang mewakili zon telah gagal mencapai kejayaan.

Pertandingan sempena MAAL-HIJRAH
29-06-99 : Adik Siti Adibah bt Hj Solehan (Thn: 5 mendapat tempat ketiga-pertandingan tulisan Khat) Adik Siti Fatimah bt Hj Solehan (Thn: 6 mendapat tempat ketiga - pertandingan tulisan jawi) Pertandingan peringkat Zon dijalankan di SK. Kampung Bahru.

Mesyuarat Agung PIBG ke 25
Pada 21hb Mei 1999, di Dewan Warisan Seri Sampurna jam 2.30 petang (Jumaat)

SELAMAT HARI GURU
Hari Guru Peringkat Sekolah diadakan pada hari Isnin (17hb. Mei 1999)

Johan  dan Tahniah (REKACIPTA)
5hb, 6hb dan 7hb Mei 1999. Tiga peserta SK. Seri Sampurna bergelar johan dalam pertandingan rekacipta peringkat daerah Batu Pahat sempena Road Show Sains dan Teknolgi Daerah Batu Pahat dengan produk SAMPURNA_VACŪ- menunggu ke peringkat negeri di UTM (Doakan kejayaan kami)

Majlis Maal Hijrah Peringkat Sekolah
Telah diadakan di Dewan Warisan Seri Sampurna pada 6hb Mei 1999.

Johan Johan dan Menang (Tahniah)
28hb. April 1999: Tiga orang peserta pertandingan rekacipta telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan rekacipta peringkat zon Senggarang. (Mohd Efendie, Nor Ezaan dan Siti Fatimah) 5,6 dan 7hb. Mei Peringkat Daerah di SM Tinggi BP.

22hb. April 1999: SK. Seri Sampurna telah menjadi Johan dalam pertandingan bercerita sains 99 Peringkat Zon Senggarang (5hb. Mei - Pertandingan Peringkat Daerah di TIGS)

20hb. April 1999. Adik Nor Zawani bt Md Yassin telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Pidato Kajian Tempatan di SK. Seri Molek peringkat Zon Senggarang

Kelab Komputer Seri Sampurna (KKSS)
KKSS telah memulakan kegiatannya pada hari Isnin 22hb Mac 1999.

Pasukan Sepak Takraw ""JOHAN""
Tahniah kepada Adik Norazlan, Azwan, Firdaus dan Hafiz kerana Johan dalam pertandingan Sepak Takraw MSSC Senggarang pada 4hb Mac 1999 di SK. Seri Perpat dan mewakili MSSC/S ke Peringkat MSSD Batu Pahat.



|ARKIB BERITA| (Berita terkumpul)